April 23, 2013

Maksud nama Nor Damia Irdina

(Anak mama umo 7 hari.. Macam baby boy je kan? Hehehe)

Nur Damia Irdina

DamiaKebijakan
IrdinaKehormatan kami, kebajikan/keberkatan
NurCahaya

Monday Fever

Kalau hari isnin je mesti x banyak email yang dapat.
Rupanya bukan mama sorang je kot yang malas nak buat keje hari ni. Hehehe..
Yay yay.. Dah pukul5.
Jap g mama dah boleh balik dah.

Lupa nak bgtau anak mama ni.
Mama dah x gaduh ngan abah dah.
Dah habis dah bebai dia ngan mama. Haha
Semalam tok damia call mama dia cakap Damia pun bebai jugak.
Damia bebai sebab nak belajar meniarap tapi x larat nak angkat bontot.
Tu yang bebai tu..

Terigin nak tengok anak mama belajar meniarap.
Kalau mama ada handycam kan best.
Boleh mama suruh aunty kecil buat video Damia belajar meniarap.
Kan?

Hari ni mama dapat 1st customer nak beli jam tangan sophie.
Dia kata nak belikan untuk ibu dia.
Mother's day kan dah nak dekat.
Kalau Damia besar nanti hadiah apa yer yang mama dapat?
Hehehe

(Jam yang customer mama beli untuk ibunya)



April 20, 2013

Gambar mama pregnant


Damia nak tengok x gambar masa mama mengandung kat Damia?
Rasanya ada sekeping ni je.
Abah ada tangkap masa mama kat hospital tapi xtau la mana dia buang.
Ni pun aunty syasya yang tangkap masa kita pergi berkelah kat Pantai Merdeka.
Agaknya macamana rupa Pantai Merdeka bila Damia baca blog ni yer?

Cuba tengok kat tangan mama tu.
Siap ada gelang hospital lg kan?
Mama tengah bercuti tu.
Mama kena duduk kat ward dekat sebulan masa mengandung kat Damia tau.
Boring ya amat!
Tapi ok jugak, mama x yah p keje.
P keje time mengandung pun menyiksa juga.
Xlarat nak jalan jauh.
Perut berat.

April 18, 2013

Nor Damia Irdina


Nama penuh anak mama ni Nor Damia Irdina Bt Che Dahlan.
Nama timangan yang mama panggil Damia. Abah, aTok, aWan, Nenek pulak panggil Mia je.
Damia ni anak sulung kepada pasangan 2 merpati sejoli Nor Shuhaida Bt Subri & Che Dahlan B Che Shafiee. Damia cuma ada aTok & aWan belah mama je.
Belah abah dah meninggal.

Di lahirkan pada 14-January-2013 pukul 9.30 pagi tapi kalau kat surat beranak doktor kata lahir pukul 10.10 pagi . Hari Isnin melalui kaedah Czer. Masa lahir berat dia 2.55kg je. Kecik & comel. Putih gebu. Masa mula2 keluar dari perut mama, damia nangis kuat betul. Mama dengar kat dalam bilik Czer tu doktor cakap kat Damia 'Bisinglah adik ni.' Hehehe.. Mungkin Damia takutkan masa tu.. Lepas tu nurse bawa Damia kepada mama..
Nurse : 'Cuba tengok, anak apa ni?'
Mama : 'Ppuan'
Nurse : 'Cium la sikit'

Mama pun cium. Terasa lembut dan sejuk je pipi Damia masa tu.
Mama sebak. Mengalir air mata mama masa tu.
Lepas tu nurse bawa Damia jupa abah pulak.
Best x dapat jupa dengan abah?
Mesti bestkan?

Lepas operation nurse bawa mama kembali ke wad.
Abah pun ada juga. Dia p amik Damia kat nurse pastu bawa jumpa mama.
Mama teringin betul nak peluk Damia time tu.
Tapi x boleh.
Sakit sngat.
Mama x boleh nak bangun pun..
Sedih tengok anak mama tido sorang-sorang kat dalam baby tray tu..

Tengah hari tu aTok & aWan datang tengok Damia.
Sume gembira tengok anak mama yang comel ni.. He3
Petang tu pulak Nenek & Nek Wan datang tengok Damia.
Nek Wan yang sakit kaki x bape nak boleh jalan tu pun gagah jugak nak datang tengok.
Mama terharu sngat. Maklum la anak mama ni kan cicit sulung diorg.
Malam tu sian anak mama ni. Kena tido sorang-sorang lagi dalam baby tray kat bilik nurse.
Maaf yer.. mama belum pulih lagi.

Keesokkannya, mama dah boleh berjalan ke toilet.
Nurse pun cakap kalau Damia ok dah berak & kencing sume. Kita dah boleh balik rumah..
Mmg mama excited sangat bila nurse dah bg Damia kat mama.
Mama dah boleh peluk n cium anak mama ni.
Mama kena belajar cara nak bg breast feeding.
Memang kelakar pun ada bila ingat balik.
Mama x pandai bg breast feeding. Sian damia tercari-cari makanan ^^
Malam tu anak mama ni tido kat dalam tray baby jugak tapi kat sebelah katil mama.

Esoknya kita dah boleh balik...
Yay!!




April 12, 2013

Blog ini di tujukan khas buat...


Dah lama aku teringin nak buat blog khas to my lovely daughter... Nor Damia Irdina Binti Che Dahlan.
Kat dalam blog ni aku akan coretkan segala cerita, suka-duka, tawa-tangis, bahagia-sedih dalam membesarkannya menjadi seorang anak yang solehah serta sebagai insan yang berguna untuk keluarga, masyakarakat, bangsa & agama yang dicintai...

Aku akan hadiahkan blog ini kepadanya bila sampai masanya nanti...

I LOVE U SAYANG.. SANGAT2...

Jumaat yang hening...


Kalau tengok carta lilypie kat blog mama, umur damia 2 bulan 4 minggu 1 hari. Yeke? Macam x betul je. Tapi rasanya masa dah buat carta tu dah kira betul2 dah.. Malam ni mama balik ngan abah. Ni baru 2x kot Damia jupa abah sejak umur Damia 14 hari. Wah.. Lama betul Damia x jupa ngan abah kan? Mama yang selalu balik ni pun Damia x berapa nak kenal. Tambah2 ngan abah yang baru 2x tengok.

Doakan mama ngan abah selamat balik jupa Damia yer?
I LOVE YOU SAYANG SANGAT2...