Nama penuh anak mama ni Nor Damia Irdina Bt Che Dahlan.
Nama timangan yang mama panggil Damia. Abah, aTok, aWan, Nenek pulak panggil Mia je.
Damia ni anak sulung kepada pasangan 2 merpati sejoli Nor Shuhaida Bt Subri & Che Dahlan B Che Shafiee. Damia cuma ada aTok & aWan belah mama je.
Belah abah dah meninggal.
Di lahirkan pada 14-January-2013 pukul 9.30 pagi tapi kalau kat surat beranak doktor kata lahir pukul 10.10 pagi . Hari Isnin melalui kaedah Czer. Masa lahir berat dia 2.55kg je. Kecik & comel. Putih gebu. Masa mula2 keluar dari perut mama, damia nangis kuat betul. Mama dengar kat dalam bilik Czer tu doktor cakap kat Damia 'Bisinglah adik ni.' Hehehe.. Mungkin Damia takutkan masa tu.. Lepas tu nurse bawa Damia kepada mama..
Nurse : 'Cuba tengok, anak apa ni?'
Mama : 'Ppuan'
Nurse : 'Cium la sikit'
Mama pun cium. Terasa lembut dan sejuk je pipi Damia masa tu.
Mama sebak. Mengalir air mata mama masa tu.
Lepas tu nurse bawa Damia jupa abah pulak.
Best x dapat jupa dengan abah?
Mesti bestkan?
Lepas operation nurse bawa mama kembali ke wad.
Abah pun ada juga. Dia p amik Damia kat nurse pastu bawa jumpa mama.
Mama teringin betul nak peluk Damia time tu.
Tapi x boleh.
Sakit sngat.
Mama x boleh nak bangun pun..
Sedih tengok anak mama tido sorang-sorang kat dalam baby tray tu..
Tengah hari tu aTok & aWan datang tengok Damia.
Sume gembira tengok anak mama yang comel ni.. He3
Petang tu pulak Nenek & Nek Wan datang tengok Damia.
Nek Wan yang sakit kaki x bape nak boleh jalan tu pun gagah jugak nak datang tengok.
Mama terharu sngat. Maklum la anak mama ni kan cicit sulung diorg.
Malam tu sian anak mama ni. Kena tido sorang-sorang lagi dalam baby tray kat bilik nurse.
Maaf yer.. mama belum pulih lagi.
Keesokkannya, mama dah boleh berjalan ke toilet.
Nurse pun cakap kalau Damia ok dah berak & kencing sume. Kita dah boleh balik rumah..
Mmg mama excited sangat bila nurse dah bg Damia kat mama.
Mama dah boleh peluk n cium anak mama ni.
Mama kena belajar cara nak bg breast feeding.
Memang kelakar pun ada bila ingat balik.
Mama x pandai bg breast feeding. Sian damia tercari-cari makanan ^^
Malam tu anak mama ni tido kat dalam tray baby jugak tapi kat sebelah katil mama.
Esoknya kita dah boleh balik...
Yay!!
No comments:
Post a Comment